Saturday, April 21, 2012

kiSaH pengaJARAn... veRSi sIzuKa & N0bitA...

Starring : Nobita dan Sizuka... ^_~ Latar : - Di suatu malam depan panggung wayang… (da cam Drama.. hehe..) Sizuka : Mane Doraemon...?? Nobita : tak payahlah bawa dia... tak seronok... Kacau daun je nanti... ^_~ (sambil mengenyit mata pada sizuka) Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan? Nobita : A’ ah xbosan. Best! Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk? Nobita : Errr~ hehe.. Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td. Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni. Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk? Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun menuju ke i-City.. Sizuka : Awk, sy cantik x? Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik.. Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye? Nobita : Errr~ hehe.. Kan lebih elok kalo de Doraemon teman... pergi makan dorayaki sama2... huhui... ^_~ Mereka pun tiba di i-City.. Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu. Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk. Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu Nobita : Takpe de..awk kn awek sy.. Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah.. Nobita : Errr~ huhu.. Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak. Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb. Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu Nobita : Errr~ huhu.. Tengok je... tak boleh lebih2... Mereka pun pulang.. Sizuka : “Awk, awk syg sy x? Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa Sizuka : Buktinya?? Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu Nobita : Eh..errr~ huhu Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin. Nobita : Eh..mestila! hehe Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~ Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk?? Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam. Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau! Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Sizuka : Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ Sejauh manakah kita yakin bahawa kita 'couple' akan membawa ke jinjang pelamin...?? Berapa ramai yang dah couple tapi kandas di pertengahan jalan?? Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan... Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni??? Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah.. Nobita : ...... [Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~] peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~ Ini adalah Nobita dan Sizuka in Islamic Version... Sekian.... credit to: nur amalina abd. yaser.... =p

Wednesday, April 18, 2012

Al0Ng SaYang mAk....!!!

“Apa nak jadi dengan kau ni Along?
Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu.

Along hanya membungkam.
Tidak menjawab sepatah apapun.

“Kau tu dah besar Along.
Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM,
tapi kau asyik buat hal di sekolah.
Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.
Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.
Along terus membatukan diri.
Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau.
Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi?
Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu..

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata.
Suaranya bagai tersekat di kerongkong.
Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.
Si ibu semakin bengang.

“Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!?
Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!”

Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….
Bu,jangan pukul bu…sakit bu…”

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.

“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”,
rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa.
Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya.
Tangis bukan kerana sakitnya dirotan,
tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar.
Along menatap mata ibu.
Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu.
Along memandang dengan sayu.
Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.
Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.
Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.
Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak.
Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.

Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah.
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara.
Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini.
Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya.
Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.
Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.
Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.
Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.

Along sayang pada ibu.
Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.
Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka.
Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah.
Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya.
Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.
Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur.
Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur,
adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.
Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni?
Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu.
Semuanya enak-enak belaka.

Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”

“Eh jangan, nanti dulu.
Ibu tau Atih lapar,
tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.
Nanti kita makan sekali.
Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan..

‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”,

soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak.
Mmm bu, tapi Atih pelik la.
Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”.

Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

“Along kan hari-hari balik rumah?
Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama,
balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.

“Tapi, ibu tak pernah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak.
Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat.
Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.
Apa yang dikata tidak pernah didengarnya.
Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah.
Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar.
Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah.
Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang.
Dia segera menoleh.
Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”,
tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.

“Aku tolong jaga butik kakak aku.
Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.

“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni.
Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.

“waa…bagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

“Betul ke ni Riz?
Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian.

“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.

“Tapi aku kena beli minggu depan la.
Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz.

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
Dia tidak mahu berhutang begitu.
Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,

soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz,
tak pe lah, aku datang beli minggu depan.
Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.

Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat.
Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu.
Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur.
Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak.
Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.
Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,

soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja?
Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Along hanya diam.
Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan.
Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

“Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati.
Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.”

Marah Angah, adik perempuannya yang masih belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri.
Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang,
adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua.
Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka.
Along tidak tahan lagi.
Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau.
Fikirannya bercelaru.
Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.
Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah.
Dia akan mencari kerja di Bandar.
Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh,
Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.
Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.
Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari,
dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah.
Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar..
Dia juga berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along.
Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka.
Abang Joe baik.
Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”,
soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.

“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah?
Bergaduh dengan parents?”

Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri.
Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan.
Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih..

“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”

Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

“ Ada ” jawab Along pendek

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola?
Mekanik macam aku…atau….”

Along menggeleng-gelengkan kepala.

“semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.”

Jawab Along disusuli ketawanya.

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“ Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…
saya….saya nak jadi anak yang soleh!”.

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik.
Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...
terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”,
ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.
Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diri baik-baik.
Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.

“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye!
Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.
Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya,
Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.
Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

“ Hey Azam, mana kau pergi?
Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau.
Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

“Zam, mak kau marah kau lagi ke?
Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”

“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun,
aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni",
terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa.
Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih.
Lagipun aku tak kisah.”

“Zam..kau ni…...”

“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku.
Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.”
Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

“Aku nak beli jubah ni Riz.
Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“No problem…tapi, mana kau dapat duit?
Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu.

“Aku kerja kat bengkel Abang Joe.
Jadi pembantu dia", terang Along.

“Abang Joe mana ni?”

“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”,
jelas Along dengan panjang lebar.

Fariz mengangguk .

“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”

“Hari ni la…” balas Along.

“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”

“Bukan, minggu depan…”

“Habis?.
Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.

“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni.
Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai.
Kelihatan hujan mulai turun.
Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang,
Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya,
sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu,
Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya,
Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya.
Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu,
Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya.
Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita.
Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.
Along gembira.
Itu kucupan daripada ibunya.
Dia juga dapat mendengar suara Angah,
Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu.
Along semakin lemah.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk….ibu………”

ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya.
Si ibu begitu sebak dan sedih.
Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.
Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam.
Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.
Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian,
si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya.
Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buat ibu yang sangat dikasihi,
ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..
Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.
Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..
UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih.
Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing,
Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam.
Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan,
Malik datang dekat kami.
Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.
Lepas tu, dia ejek-ejek Azam.
Dia cakap Azam anak pembunuh.
Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap,
ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya.
Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk
Malik.

“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?”
Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu.
Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi,
dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…
walaupun dia disalahkan, dia terima.
Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....”
Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz.
Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah.
Berbagai perasaan mencengkam hatinya.
Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


Jadilah anak yg soleh yg dpt menggembirakan hati parent kita....
InsyaAllah kita akan mndpt ganjaran yg setimpal kt akhirat nanti
InsyaAllah.. ^_^

credit to:
saye copy dri bl0g diatas... huhu...

Sunday, March 4, 2012

" I LOVE MY SG "


"UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA"

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
hari nie sye nk cite sal SG sye kt UTP...
SG??? ape bende 2??? sungai kew??? SG = Smart Group = Usrah
first n foremost, kakak SG kitaowg ialah K.HANISAH(sporting gler)
ahli semua 10 owg k0wt (entahla x ttp p0wn... tp yg psti 10 owg nie msty ade)... calon2nye ialah...
UMMI QIYAADAH NAJIHAH
SOFEA NUR SAFIYAH
AMIRAH HUSNA
KAK AFRINA
MAZIAH
NIK AZFAR AZWANIS
ASMA' KHAIRUNNISA
AMNI HASLINDA
SA'ADAH
and yg last NOOR SYAZWANI :P





tiada dlm gmbar: "AMIRAH HUSNA" yang cute+happy go lucky as PHOTOGRAPHER (org ckp photographer mmg dlm kmera x de gmbr dye) :p

btw dh bnyak aktviti ktaowg dh buat, mkn2 kt luar, jln2 kt tasek, naik basikal ke tasek n mcm2 g la smpy dpt anugerah SG TERBAIK (wow sgt bangga di situ) :p

diharapkan UKHUWAH ini akan berkekalan... INSYAALLAH... AMIN...

" I LOVE MY SG "

sekian....
Assalamualaikum w.b.t....

UNiveRsiTi teKn0loGi Petr0Nas...

Assalamualaikum w.b.t...
qsenye dh lma sgt2 x update bl0g nie kan???
mmg berhabuk giler la kan... tp bkn nye da owg nk bce sgt p0wn...(juz mgisi masa lpg) :p
btw nak cite cket la c0z dh lme kan x update bl0g nie...
lpas tamat jer spm 2011 (13 disember 2011) ary 2, trus aq menetap di rumah le... pas 2 ble aq check emel ja tg0k dapat tawaran educamp UTP la plak... first 2 mmg x nak pergi la.. aq mmg x expect lgsung nak ms0k utp... wak2 isi b0rang ary 2 juz men2 ja p0wn... tp x pew la mmndgkan parent aq excited sgt nak pegi jgak educamp 2.. (21 disember 2011) bqu jew abes spm (ad0yai)
blek dri educamp 2 dlm 12 hari aq kne pegi plkn la plak (kem lagenda seri negeri, langkawi)...
first 2 best ar dpt langkawi... dh bpa lma aq x g langkawi... last2 smpy kem 2 x best la plak... dah la aq x suka kawad... haeh naseb2...
tp result untk first intake 2012 utp kluaq 8/1/2012...
aq x taw la sma ade harap untk dpt @ x... kl0 dpt aq qse cam mhal giler k0wt yuran dya... tp abah ckap p ja.. duet bley cari :'(
kl0 t0lak aq x sanggup k0wt nk d0k dlm kem plkn yg mcm penjra nie... haeh dilema bt0l...
nak p 2 mmg nk p tp nk tgguh plkn ni p0wn satu hal... kwan aq izzaty sggup x dtg utp c0z nk tmatkan plkn, c0z dya x maw mai plkn pda um0 29 thn huhuhuh....
last2 aq decide nk tgguh plkn mean aq p utp la...huhuhu
dpt blek dr kem p0wn 16/01/2012(maklumlah tgh laut) n 1 hal lg dftar utp 17/01/2012... pa lg jadi kartun la aq... k0l sna, k0l sni, k0l kwn2, k0l utp n yg plg pntg k0l kwn aq yg nak p utp gak AMEERA ZAINUL... huhuhu(tibe2 je k0 femes dlm ni meer)...


s0, kt utp nie alhamdulillah la... m0ga2 Allah telah tempatkan aq di tempat yang sepatutnya... first 2 tk0wt gak la tp suasana dya sryes mcm smk agma yan.. n aq qsa lg best dqi agma yan(bkn nk rendhkn agma yan k... s0ry2..)
huhuhuhu




satu g yg best... r0omate aq nie p0wn owg kedah gak, sma agma yan gak, klas 5 Amanah gak, BP1 gak... huhuhu spa g kl0 bkn PUAN AMEERA ZAINUL lg... huhuhuh... nseb bek aq 1 blek ngan ang meer... huhuhu Alhamdulillah...

aq qsa tkat ni ja k0wt aq nk cta,... nnty kta smbg tjuk len plak... insyaAllah... jumpa lg... :P
Assalamualaikum...



Wednesday, July 6, 2011

yArm0uK b0lEyH !!!

tahniah kepada semua ahli rumah Yarmouk yang telah berjaya menjadi j0han dalam temasya sukan SMKAY kali ke-12 tahun 2011....
setinggi-tinggi penghargaan kepada:

guru penasihat rumah yarmuk: Puan Nor Hanani bt Hamzah yg sgt baek hati....
ketua rumah sukan : Mohd Nasrun yg berwibawa.....
pen.ketua rumah sukan : Nurul Izzah yg sporting....
semua pelajar tingkatan 5 rumah yarmuk yg sgt kreatif...
pelajar tingkatan 4 rumah yarmuk yg terlbey qhajin....
barisan maskot dan perbarisan yg cute miut...
barisan para atlet yang hyperaktif.....
semua ahli rumah yarmuk yang sntiasa bersemangat.....





k0rang semua mmg style, sp0rting abeh.... s0e kl0 da slah n clap....
sem0ga yarm0uk sntiasa mnjadi juara.....
INSYAALLAH... AMIN....

Thursday, June 9, 2011

D0sa yAng TeRpakSa ~~~

Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu. Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.

Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.



Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.

Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Bagaimana?

Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.

Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah. Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga. Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, May 31, 2011

tiPs mEnGElaKkaN & MenGuRAngkAn jeRaWaT...

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.


bersihnyer muka dye :)

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.



SELAMAT MENCUBA!!!