Thursday, February 3, 2011

sin0psis setiAp baB n0veL kemBaRa AmiRa......

sin0psis ini telah ditulis oleh pelajar2 kelas 5 Amanah (smkay) 2011.....
tp aq yg taip.... fuhH!!!! pnat 2..... smua pnjg2.....
huhuhuhuhuhuhuhuhu
btw, j0m2 expl0re.....
guru matapelajaran: pn. Shalihah bt Othman.....



Bab1 (azim)

Dalam bab ini Amira Amir seorang yang amat gemarkan akan cabaran berada didalam kereta api menuju ke Belantara Banjaran Titiwangsa bersama Jacinta untuk mengikuti ekspedisi ibunya untuk mencari bahan-bahan arkeologi yang tertanam di situ. Ibunya Profeser Zaidah adalah merupakan seorang pensyarah arkeologi. Amira teringat akan kembali peristiwa dia menjemput Jacinta untuk turut serta menyertai ekskavasi tersebut memandangkan sekolah mereka bercuti. Untuk memancing minat rakannya itu, Amira membelek-belek batu kuarza yang tergantung pada lehernya kerana dia tahu Jacinta seorang yang suka pada batu kuarza. Disebabkan dek keinginan Jacinta terlalu tinggi pada batu kuarza, Jacinta telah menyertai ekskavasi tersebut. Dalam pada masa yang sama, Prof.Zaidah ibu Amira  yang berada di tapak ekskavasi sedang menghadapi masalah apabila cuaca hujan lebat dan masalah semakin bertambah apabila khemah yang menempatkan tapak arkeologi ranap. Selepas siasatan dilakukan, mereka mandapati bahawa khemah tersebut telah dipotong talinya.

Bab2 (sumayyah)

Jacinta terjaga apabila kereta api yang dinaiki olehnya dan Amira bergerak perlahan-lahan melintasi stesen Dahan Hijau. Lalu Jacinta terus kejutkan Amira yang masih lena. Tanpa membuang masa Amira mengambil semua barang mereka sebelum keluar dari kenderaan tersebut. Di pintu koc Amira terjumpa seorang lelaki muda bersama lelaki kulit putih. Semasa menunggu ketibaan Pak Lias, Jacinta sempat memikirkan nasibnya sekiranya tidak mengikuti Amira. Jacinta sepatutnya sekarang berada di banglo ayahnya di Pulau Pinang. Ibunya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu. Ayahnya pula selalu sibuk. Jacinta tidak menerima keputusan ayahnya berkahwin semula. Lamunannya berakhir apabila Amira memberitahunya bahawa Pak Lias telah sampai. Amira dan Jacinta dijemput naik ke kereta pacuan empat roda. Mereka berdua terpaksa sarapan dalam perjalanan. Semasa dalam perjalanan, Pak Lias membiarkan kereta di belakang mereka melintasi mereka. Amira terkejut apabila melihat anak muda dalam kereta api malam tadi iaitu Malique berada dalam kereta tersebut. Malique juga terkejut melihat Amira. O’Hara pula tertanya-tanya siapakah mereka yang menaiki kereta yang dilintasi oleh mereka tadi. Roslan pun memberitahu mereka melakukan aktiviti arkeologi.



Bab3 (afnan)

Amira bertanya kepada Jacinta tentang tiket bercuti ke London yang dilaksanakan oleh bapa Jacinta agar anaknya, Jacinta menerima emak baharu. Amira juga sempat meminta maaf atas tindakannya yang tidak sengaja membaca mesej tentang tiket yang dikirim oleh bapa Jacinta kepada Jacinta. Jacinta menyatakan dia sering mencari alasan untuk mengelak bertemu emak baharunya. Dia menerima tawaran Amira. Hal ini demikian kerana Jacinta berasa kecewa dengan sikap bapanya seolah-olah melupakan ibu kandung Jacinta. Tiba-tiba Prof. Zaidah masuk ke khemah Amira dan Jacinta. Prof. Zaidah mengusap rambut Jacinta dan dia tahu kehidupan Jacinta yang agak kacau serta sukar menerima perubahan yang berlaku secara tiba-tiba.

Bab4 (mc-d)

Amira sekali lagi bertemu dengan pemuda yang menaiki kereta api bersamanya ketika mereka sedang membersihkan diri di Air Terjun Angin. Pemuda tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Malique. Amira berasa teruja untuk mengetahui tujuan Malique berada di situ dan bermacam-macam persoalan berlegar dimindanya. Amira terpaksa mengakui perilakunya yang asyik memerhatikan Malique ketika di dalam kereta api tempoh hari untuk memanjangkan perkenalan mereka. Malique menceritakan serba sdikit tentang dirinya dan memberikan alamat e-melnya kepada Amira. Malique juga menyatakan hutan itu ada hubungan dengannya. Amira menjangka bahawa Malique mungkin bekerja dengan kumpulan lelaki pencari emas. Mereka pulang ke Desa Karpus lalu menikmati hidangan sarapan pagi sambil bergurau senda. Tiba-tiba timbul isu tentang perkara-perkara pelik yang terjadi di Desa Karpus termasuklah kejadian tali khemah yang dipotong. Dr. Zawawi menenangkan para pelajarnya dengan memberikan jawapan yang positif. Rusdi Berjaya meletakkan Prof. Zaidah dalam keadaan serba salah. Akhirnya, Prof. Zaidah menceritakan hal sebenar bahawa tapak kajian mereka turut berada dalam lingkungan kajian pencari emas. Prof. Zaidah memaklumkan pelajarnya bahawa dia sudah meminta pihak tertentu memberi masa kepada mereka untuk menjalankan kajian. Prof. Zaidah menyatakan lagi bahawa penemuan tulang karpus merupakan tamparan hebat kepada pencari emas. Beliau memberi kata-kata semangat kepada pelajarnya untuk menambahkan keyakinan mereka. Dr. Zawawi tidak senang dengan perlakuan Prof. Zaidah. Prof. Zaidah memohon maaf kepada Dr. Zawawi dan menyatakan kedudukan sebenar. Jacinta menjangka bahawa lelaki tua yang datang bersama-sama Malique ada hubungan dengan semua kejadian yang terjadi di Desa Karpus. Dia juga menjangka Malique turut terlibat kerana dia dari kumpulan lelaki tua itu. Amira menyatakan dia akan hubungi Malique untuk mendapatkan cerita sebenar dan berharap Malique bukan seperti yang Jacinta jangkakan.

Bab5 (ca-0wn)

Amira bertenggek di atas batu besar berlumut di tepi sebatang sungai sambil teringat perbincangan yang menghantui dirinya. Sementara itu Amira sedang menuggu Malique untuk bertanyakan maklumat tentang lelaki berkulit putih yang ada bersama-sama malique di dalam kereta. Sedang Amira meniti batu-batu yang ada dalam sungai untuk naik ke daratan, tiba-tiba badan Amira terhuyung-hayang lalu jatuh ke dalam sungai dan dibawa oleh arus yang deras. Selepas itu, Itai dan Tau, lelaki yang berketurunan Orang Asli berjaya menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan mereka menbawa Amira pulang ke rumah mereka. Selepas daripada itu, mereka menghantar Amira pulang ke Desa Karpus.

Bab6 (ros)

Amira mengenangkan keadaan dirinya dan Jacinta. Jacinta telah membahayakan dirinya ke dalam hutan untuk mencari Amira yang dihanyutkan sungai. Dengan bantuan Itai dan Tau iaitu suku Orang Asli Semai, mereka membantu untuk mencari Amira. Tau berjaya mengesan Jacinta yang pengsan di celah akar pokok balak setelah empat jam pencarian. Amira kecewa kerana tidak dapat mengikuti operasi mencari Jacinta kerana diarahkan Pak Lias untuk menjaga kompleks arkeologi. Prof. Zaidah terkilan dengan sikap Amira dan Jacinta yang membahayakan diri untuk bertemu dengan Malique kerana beliau amat sayang akan mereka. Amira menjelaskan tujuannya ke air terjun kepada ibunya dan memohon agar dia tidak diarahkan pulang ke rumah neneknya. Prof. Zaidah akhirnya menasihati Amira agar berfikir secara waras dan sering membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu. Beliau juga memberitahu Amira bahawa ayahnya akan pulang sebelum cuti sekolah berakhir dan akan pulang ke rumah neneknya di Kulim.

Bab7 (arif)

Malique berasa begitu bosan dengan perjalan ke Pulau Pinang kerana tiada yang menarik untuk dia lakukan selain mengikut lelaki bernama O’Hara menghadiri perbincangannya dengan beberapa orang lelaki yang akan melabur dalam perlombongan emas di kawasan hutan itu. Kadangkala Malique merasakan hubungan yang wujud antara dirinya dengan hutan tersebut. O’Hara menceritakan kepada Malique tentang pengalamannya bekerja sebagai buruh bersama ketua yang amat kejam di sebuah lombong Opal. O’Hara akhirnya berhenti bekerja dan mengesan emas menjadi pekerjaannya kini. Pada masa yang lain, kereta pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias tidak dapat dikawal dan semakin laju menuruni bukit. Pak Lias memusingkan stereng kereta menyebabkan kereta menghimpit tebing sambil Prof. Zaidah menjerit ketakutan. Mereka dalam perjalanan dalam mengambil generator kerana khuatir akan keselamatan pelajar-pelajar dan banyak kerja terpaksa ditangguhkan pada waktu malam.

Bab8 (odah)

Berlaku pertelingkahan antara Tau dan Ludin disebabkan Tau yang ingin mempertahankan hutan tersebut dengan menganggap tempat tersebut sebagai tempat yang suci dan memujanya. Pertelingkahan mereka berakhir apabila Ludin bercakap dengan itai anak saudaranya iaitu anak abangnya Ludin. Ludin gemar bercerita tentang Itai untuk memujuk adiknya. Tau bagai hilang keresahan apabila berbicara tentang Itai. Ludin telah memberi tanggungjawab kepada Tau untuk hidup di kawasan itu dan bakal menggantikannya suatu hari nanti kerana dia yakin dengan kebolehan adiknya, Tau. Tau merasakan sudah cukup segala ilmu keturunannya memenuhi dada Itai. Amira masih diburu rasa bersalah kerana menyebabkan Jacinta jadi begitu. Ketika Jacinta sedar dari koma, Amira segera meminta maaf. Sewaktu mereka sedang berbual-bual, Itai datang melawat Jacinta. Amira memperkenalkan Itai kepada Jacinta dan memberitahunya bahawa Taulah yang telah menyelamatkannya. Amira menceritakan tujuan sebenarnya berada di air terjun itu kepada Itai dan menceritakan kepada Itai tujuan mereka berada di hutan itu iaitu membuat kajian dalam bidang arkeologi yang sekaligus dapat menyelamatkan hutan itu. Sedang mereka berbincang, mereka dikejutkan dengan suara Rusdi yang menyatakan Prof. Zaidah, ibu Amira kemalangan.

Bab9 (hazeem)

Pacuan yang dipandu oleh Pak Lias bersma Prof. Zaidah mengalami kemalangan akibat brek tidak berfungsi. Hal ini telah menyebabkan tangan Prof. Zaidah mengalami kecederaan manakala Pak Lias hanya mengalami keceederaan yang ringan. Dalam kemalangan tersebut, Pak Lias telah menyelamatkan Prof. Zaidah yang pengsan ketika itu. Dalam khemah, Prof. Zaidah telah meminta maaf kepada Amira kerana tidak mempedulikan anaknya itu, dan meletakkan kerja sesuatu yang utama pada dirinya. Dr. Zawawi menasihati beliau agar menangguhkan projek di Desa Karpus atas alasan tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku kepada penghuni Desa Karpus. Dr. Zawawi bimbang kemalangan tersebut mungkin ditimbulkan oleh pihak lain. Namun begitu, laporan daripada Rusdi mengatakan pelajar-pelajar universiti tersebut masih bersemangat meneruskan projek tersebut. Cadangan Dr. Zawawi ditolak. Mereka kemudiannya dikunjungi Ludin bersama Itai. Ludin dan Itai mahu menolong mengubati kecederaan yang dialami oleh Prof. Zaidah.

Bab10 (salwa)

Malique dan John O’Hara menuggu kedatangan Roslan untuk menjemput mereka. Dahulu, Roslan merupakan pemandu lori balak, tapi selepas sebuah lori balak terjatuh ke dalam gaung, Roslan terus berhenti. Malique selesa bergaul dengan Roslan kerana sikapnya. Sejak pulang dari Kuala Lumpur, Malique sudah mempunyai tugas baru iaitu memasukkan laporan dan data tentang projek gali cari emas itu ke dalam komputer untuk dibentang dalam mesyuarat akan datang. Roslan sampai kepada mereka dalam keadaan cemas. Katanya tiga orang pekerja baru buat hal di kem. Mereka mabuk dan bergaduh semasa berjudi. Roslan turut menceritakan kemalangan yang menimpa Amira, Jacinta dan Prof. Zaidah kepada Malique dah John O’Hara. Amira lemas gara-gara menunggu Malique di air terjun. Jacinta pula sesat di hutan kerana mencari Amira yang hanyut dibawa arus. Prof. Zaidah dan Pak Lias mengalami kemalangan selepas brek kereta dipercayai tidak berfungsi. Ayah Itai iaitu Ludin merawat kecederaan Prof. Zaidah. Amira dan Jacinta pula mula menyedari sesuatu tentang Itai. Rupa-rupanya, Itailah saingan yang mengalahkan mereka dalam pameran Saintis Muda 2000.

Bab11 (hazmi)

Tau terkenangkan kehidupan silamnya semasa kecil sehinggalah dia berumah tangga dan mendapat dua cahaya mata. Banyak cabaran dan dugaan yang telah ditempuhi oleh Tau sehinggalah isterinya dibawa lari ke rumah lain oleh lelaki yang bernama Johny bersama-sama anak sulung mereka iaitu Sabi. Beliau turut merasakan John O’Hara ada kaitan dengan Johny. Selepas itu, Ah Chin pula dimarahi oleh John O’Hara atas sikap pekerja-pekerja baharunya yang tidak bagus. Selepas itu Roslan menyatakan ada seseorang yang sengaja merosakkan brek kereta Pak Lias sehingga menyebabkan mereka cedera. Malique berhasrat untuk berjumpa dengan Amira untuk mengetahui cerita yang sebenar.

Bab12 (nabilah)

Prof. Zaidah menerima lawatan rutin Ludin untuk memeriksa pergelangan tangannya. Amira, Jacinta dan Itai berada di tapak 10, menggali sedikit demi sedikit. Sementara itu, semua pelajar mula bekerja dengan lebih semangat. Prof. Zaidah amat ceria kerana dia sudah boleh menggunakan tangan kirinya seperti biasa. Prof. Zaidah memberitahu Ludin bahawa kerajaan akan menjadikan kawasan itu sebagai kawasan larangan jika terbukti tempat itu tertanam barang yang lebih berharga. Sementara itu, Jacinta mengeluh kekecewaan kerana dia belum menemui apa-apa lagi barang berharga yang dicarinya. Itai bertanyakan soalan mengenai keluarga Jacinta. Untuk memujuk hati Jacinta yang tersinggung dengan pertanyaan yang diajukan oleh Itai, Itai membawa Amira ke tempat rahsia yang terdapat emas untuk diberikan kepada Jacinta tanpa pengetahuan sesiapa. Pada masa yang sama, Prof. Zaidah menerangkan mengenai bahan-bahan yang dijumpainya kepada Ludin. Malique terserempak dengan Jacinta ketika turun dari kereta. Jacinta tahu tentu Amira gembira kerana Malique datang sendiri untuk berjumpa dengannya. Jacinta mengajak Malique ke lubang yang dikhaskan untuk Amira dan Itai menggali. Malique bagai tidak sabar untuk mengetahui cerita sebenar mengenai kejadian yang menimpa Malique. Jacinta mendapat tahu bahawa ketika Amira menunggu Malique di air terjun, Malique berada di Pulau Pinang. Jacinta bertanya kepada Prof. Zaidah tentang Amira apabila dia tidak sedar kehadiran mereka kerana sibuk melayan Ludin. Prof. Zaidah segera meninjau anaknya apabila mengetahui tujuan ikhlas Malique dan gembira kerana anaknya pandai memilih kawan walaupun berada di dalam hutan belantara.

Bab13 (lokman)

Amira mengikut Itai masuk ke dalam hutan untuk mengambil emas yang diceritakan oleh Itai untuk diberikan kepada Jacinta. Itai menceritakan misteri yang berlaku di dalam hutan itu. 10 tahun dahulu, seorang pembalak telah digantung songsang oleh makhluk berbulu. Setelah mereka meredah sungai dan hutan yang agak jauh dari kampung Desa Karpus, mereka telah tiba di kawasan emas dan mengambil seketul emas untuk Jacinta. Dalam perjalanan pulang, tanpa diduga, mereka telah bertemu dengan makhluk itu. Itai dan Amira meniarap agar tidak dilihat oleh makhluk itu yang sedang mengheret seorang mangsa. Itai dan Amira lari apabila peluang keemasan telah tiba tetapi tanpa diduga, seorang lelaki telah menyergah mereka.


Bab14 (panish)

Pagi Malique digemparkan dengan suasana tegang dan kekecohandi kem mereka. Berita kehilangan pekerja baru di kem pencarian emas mereka hilang di dalam hutan mengundang kemarahan Ah Chin. Sementara itu, kenyataan Amira pada pertemuan mereka selepas kejadian Amira dihanyutkan arus air terjun deras mengenai John O’Hara yang berpendapat bahawa ada sesuatu rahsia antara ibu Malique dan John O’Hara yang disembunyikan. Menambahkan kegelisahan Malique. Khemah O’Hara diselinap masuk untuk menanyakan kebenaran. Pendirian O’Hara untuk penggalian emas di kawasan tersebut akan menyebabkan penduduk di hutan tersebut kehilangan tempat tinggal mengundang kemarahan Malique. Tujuan asal Malique untuk bertanya kejadian yang menimpa mereka berubah kepada pertelagahan. Malique menyertai pencarian pekerja yang hilang bersama Roslan tanpa meminta kebenaran O’Hara setelah O’Hara mendiamkan diri mengenai sejarah hidup Malique bersama ibunya. Kereta Roslan yang dipandunya terhenti bagai tersekat di dalam lumpur hujan lebat semasa dia mengekori dua buah kereta di hadapannya. Malang tidak berbau, aliran lumpur akibat hujan lebat menolak kereta Malique lalu meluru ke dalam gaung sewaktu Roslan meninggalkannya untuk mendapatkan pertolongan daripada dua buah kenderaan dihadapannya.

Bab15 (ameera)

Amira dan Jacinta mengunjungi perkampungan Itai disebabkan Itai langsung tidak menjenguk kawasan desa dan menimbulkan tanda tanya penghuni desa. Namun, Amira masih berpegang pada janjinya untuk merahsiakan apa yang telah mereka alami kerana dia tahu betapa besarnya pengorbanan yang telah Itai lakukan. Amira menceritakan mengenai makhluk misteri kepada Tau. Amira bingung akan sikap Tau yang tidak cuba membantu penduduk yang berkemungkinan diserang oleh makhluk misteri tersebut. Amira berpendapat bahawa Tau lebih misteri jika dibandingkan dengan makhluk itu. Kunjungan Ludin ke khemah semalam disambut dengan soalan mengenai kehilangan Itai. Pada hari itu, Amira terpaksa menceritakan segalanya kepada Ludin mengenai apa yang telah dia dan Itai alami. Itai seakan sedih apabila mengetahui rahsianya telah terbongkar. Di perkampungan Itai, Ludin telah mengaturkan supaya Amira hadir sama dalam perbincangan. Perbincangan itu lebih menjurus mengenai rahsia keberadaan emas yang telah Itai dan Amira temui. Amira akur dia lebih rela menghampakan harapan Jacinta yang ingin mendapatkan sesuatu yang berharga di dalam hutan daripada menimbulkan persengketaan di perkampungan yang damai dan tenteram itu. Dalam perbincangan tersebut, Ludin cuba mempertahankan Amira. Namun, bukan itu, permasalahan yang sebenar. Tetapi, kepercayaan mereka terhadap Itai untuk mempertahankan rahsia emas sudah tercalar.

Bab16 (aimi)

Amira amat gembira apabila berjaya menemui artifak tembikar hasil cari galinya bersama Jacinta di Desa Karpus. Amira berasa bimbang Rusdi akan tersinggung dengan penemuan artifak yang akan menenggelamkan penemuan tulang karpus yang dilakukan Rusdi. Namun sangkaannya salah apabila Rusdi turut gembira dengan penemuan itu dan gembira berada dalam kumpulan cari gali di Desa Karpus itu. Tiba-tiba Itai dan tau yang pertama kali menjejakkkan kaki ke desa itu datang. Tujuan Tau untuk berjumpa Prof. Zaidah mengejutkan Amira. Tau berniat ingin membantu penghuni Desa Karpus dan ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka. Sewaktu makan tengah hari, tau menceritakan kepada penghuni Desa Karpus bahawa bunyi tapak kaki dan bau asap rokok pada waktu malam adalah kepunyaannya. Penghuni desa itu berasa lega dengan penjelasan itu. Itai kemudiannya menghulurkan emas yang telah dijadikan rantai kepada Jacinta. Jacinta amat gembira dan berjanji akan mempertahankan rahsia tersebut. Tiba-tiba muncul Pak Lias bersama Roslan, pemandu lori kem cari gali emas yang memberitahu Amira, Jacinta, Dr. Zawawi bahawa kereta yang dinaiki Malique dihanyutkan banjir hingga jatuh ke dalam gaung ketika operasi mencari pekerja yang hilang. Roslan ingin meminta bantuan Tau untuk mencari Malique. Amira ingin sekali membantu namun dia tidak mampu melakukan apa-apa melainkan Itai dan Tau sudi membantu.

Bab17 (hana')

Malique mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kakinya setelah kereta yang dinaikinya jatuh ke dalam gaung. Setelah sedar dia sudah berada di sebuah ruang yang tidak diketahuinya. Namun seseorang akan menghulurkan makanan kepadanya melalui lubang kecil yang terdapat di kawasan pintu. Malique teringat bahawa tujuan dia berada di hutan itu adalah berkaitan dengan laporan emas tempoh hari. Dia juga merasakan dirinya begitu dekat dengan hutan itu. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya yang berada di melaka dan gambar ayahnya. dia berasa hairan dengan dirinya yang berkulit hitam sedangkan ibu bapanya berkulit putih. Dia tahu hanya O’Hara sahaja yang dapat merungkai persoalan yang bermain di fikirannya. Persoalan itu timbul apabila dia sering bermimpikan seorang lelaki menerkan dan menikam bertalu-talu dada seekor haiwan dan tersedar daripadanya mimpinya. Dia juga tertanya-tanya sama ada pekerja kem sedang mencarinya ataupun beranggapan dirinya sudah mati. Dia berharap agar O’Hara dan roslan dapat meminta bantuan Amira dan Orang Asli untuk mencarinya sebagaimana ketika mereka mencari Jacinta dahulu. Malique juga sedar dia perlu berusaha untuk mrmbebaskan dirinya dari ruang tersebut.


Bab18 (dayah)

Mereka sampai di satu kawasan pergunungan batu kapur setelah hampIr satu setengah jam berjalan meredah hutan. Amira hanya berdiam diri sepanjang perjalanan kerana mengenang nasib yang menimpa Malique. Jacinta yang menyedari keadaan Amira turut bersimpati lalu dia mengajak Itai untuk mencari Malique tetapi Itai memberi pelbagai alasan. Ternyata niat Jacinta untuk membantu Malique gagal. Tau memperkenalkan Gunung Gua Gajah, tempat mereka berada sekarang.dan menceritakan serba sedikit tentang gunung itu. Kemudian mereka perlu mendaki sekurang-kurangnya sepuluh meter untuk masuk ke dalam sebuah gua di gunung itu. Namun mereka, perlu berhati-hati kerana bukanlah mudah mendaki dinding itu sambil berpaut pada akar dan pepohon kecil. Akhirnya mereka semua Berjaya memasuki gua itu dengan selamat. Lantai gua itu dipenuhi dengan tahi kelawar. Selepas itu, tau menunjukkan lakaran lukisan yang diperbuat daripada arang. Dr. Zawawi mengambil peluang untuk merakamkan lakaran di dinding gua itu. Tau menghilangkan diri ketika mereka leka melihat lakaran itu. Kemudian Amira menjumpai sebuah mobile disk sewaktu bergerak kearah pintu gua untuk mengikut Jacinta yang tidak tahan dengan bau najis kelawar. Amira memasukkan mobile disk yang masih diselaputi oleh najis kelawar ke dalam poket jaketnya. Tiba-tiba Rusdi dan Itai menjumpai dua ketul batu yang bersaiz hampir satu jengkal. Dr. Zawawi memberitahu bahawa penemuan iu ialah kapak batu yang digunakan oleh manusia Zaman Neolitik. Sebelum mereka pulang, Itai menjerit memanggil Tau dan tiba-tiba Tau membalas dari bawah pintu gua. Mereka pun mula turun ke kaki gunung. Di bawah, Tau menyambut mereka dengan madu lebah yang diisi ke dalam tabung buluh.

Bab19 (aimi)

Rombongan dari Desa Karpus yang terdiri daripada Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, Itai dan Tau telah membawa pulang kapak batu yang dijumpai di Gunung Gua Gajah. Penemuan itu serba sedikit menghilangkan resah di hati Amira berkenaan berita kehilangan Malique. Amira meminta izin Tau bagi membenarkan Itai menginap di Desa Karpus kerana dia mempunyai sesuatu yang mustahak ingin ditunjukkan kepada Itai dan Jacinta. Amira mengesyaki mobile disk yang dijumpainya di gua tersebut milik Malique kerana penah terlihat mobile disk tersebut tergantung di leher Malique sewaktu Malique melawat Desa Karpus. Amira kemudiannya menyambungkan mobile disk tersebut ke komputer untuk memastikan pemilik mobile disk itu. Ternyata mobile disk itu masih boleh digunakan walaupun sudah terkena najis kelawar. Namun, mobile disk itu memerlukan password lima huruf dan akhirnya mereka berjaya. Password yang digunakan ialah aurum, iaitu emas dalam bidang sains. Ternyata mobile disjk itu memang milik Malique berdasarkan kata-kata yang terdapat di dalamnya. Amira mengesyaki Malique masih hidup dan mereka perlu menyelamatkannya.


Bab20 (husna)

O’Hara amat bimbang akan kehilangan Malique berbanding perkara buruk yang menimpa kem mereka.  Keputusan Jennifer untuk menjejakkan kaki ke daerah terbuang itu amat membimbangkan, O’Hara tersedar daripada lamunannya apabila ketua stesyen melangkah ulang-alik di hadapannya. Kereta api semakin hamper. O’Hara cuba menenangkannya namun Jennifer seolah-olah tiada apa yang berlaku. Amira amat mengharapkan kehadiran Tau untuk membantu mereka mencari Malique. Amira keluar dari khemah dan merenung ke tempat Tau sering memerhatikan desa mereka. Amira sanggup merayu dan berlutut di hadapan Tau. Pada masa yang sama Tau terjaga ketika bulan merah saga hampir-hampir tenggelam. Dia mencapai kulit beruang lalu melangkah turun dari pondok. Malique terkejut daripada tidurnya apabila melihat makhluk berbulu di hadapannya. Lelaki berbulu itu bersuara lembut menyatakan bahawa dia ialah bapa Malique. Malique menjerit sekuat hatinya menafikan makhluk itu bapanya. Makhluk itu semakin mendesak Malique. Akhirnya Malique rebah tanpa sedarkan diri.

Bab21 (adila)

Amira gembira dengan kemunculan Pak Lias dan Roslan untuk turut membantu mengesan Malique ketika harapan untuk mendapatkan bantuan Tau lenyap sama sekali. Roslan menawarkan diri untuk berpatah balik bagi mengambil lampu suluh sementara yang lain meneruskan perjalanan. Mereka kemudiannya dikejutkan dengan kemunculan Roslan yang memandu kenderaannya dengan dua orang yang dibawa bersama-samanya, iaitu Jennifer dan John O’Hara. Pendakian ke Gunung Gua Gajah akhirnya bermula sementara Jacinta ditugaskan untuk menemani Jennifer dan John di bawah. Kenyataan John O’Hara tatkala perbualan mereka bertiga tentang Jennifer yang pernah tinggal di hutan itu menimbulkan perasaan ingin tahu Jacinta. Jennifer yang diasak rasa terharu kerana terkenangkan semula memori lalu di hutan itu menangis teresak-esak di samping bimbang akan kehilangan Malique. sementara itu, makhluk yang berbulu tebal yang sedang asyik mendengar segala perbualan terus teringatkan kenangan silamnya yang menyebabkan dia kehilangan maruah sebagai manusia hingga menyebabkan dia hidup bagaikan haiwan. Harapannya untuk menyelamatkan Sabi daripada wanita itu kembali berkobar sebelum akhirnya dia ke puncak gunung.

Bab22 (ci-ah)

Kisah bagaimana Ipah boleh berada di hutan berlaku apabila kapal terbang yang dinaiki oleh Ridley dan Brinda iaitu ibu bapanya terhempas semasa perjalanan pulang ke Australia. Hanya Samantha yang terselamat kerana semasa kecelakaan itu, Samantha tercampak melalui tingkap yang berderai. Jidin iaitu ayah kepada Tau dan Ludin membawa Samantha pulang ke rumahnya. Orang kampung berasa pelik kerana Samantha mempunyai rambut yang bewarna merah dan mata yang bewarna biru. Dia dinamakan Ipah. Penduduk kampung juga menolak kehadiran Ipah sehingga ada cadangan jahat supaya Jidin menyerahkan ipah semula kepada hutan semoga semangat hutan kembali aman. Jidin sengsara hingga ada sekelumit ingin membuang Ipah jauh ke dalam hutan. Isterinya menentang ketika dia menceritakan keinginannya. Nyata keinginan isterinya untuk memiliki seorang anank perempuan telah tertunai. Jidin dan isterinya terus melihat hidup penuh ranjau anak yang luar biasa itu.

Bab23 (di-ah)

Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan meneruskan usaha untuk mencari Malique. Namun pencarian mereka masih tidak membuahkan sebarang hasil positif. Itai yang sememangnya banyak berbicara lebih banyak mendiamkan diri dan setelah didesak akhirnya mengkhabarkan perkara yang mengejutkan Amira bahawa dia mempunyai seorang saudara namun belum pernah bertemu dengannya. Itai sedih dan ditenangkan amira dengan kata-kata semangat. Mereka kemudiannya meneruskan pencarian tersebut dengan semangat kesan tapak kaki yang tidak berkasut ditemui dan menjadi sumber untuk petunjuk seterusnya tentang keberadaan Malique. Mereka bergerak bersama-sama dan hamper tiba di puncak gunung apabila terjumpa cahaya matahari daripada lubang dari bumbung gua yang terbentuk akibat asid karbonik (air hujan bertindak balas dengan karbon dioksida). Mereka memanjat menggunakan akar mengkelat yang kukuh dan akarnya boleh dibuat minuman. Di sini Roslan menunjukkan cara-cara minum air akar tersebut dan akhirnya ketawa mereka bergema. Suara Itai yang paling kuat mendapat respon apabila ada satu suara yang mengaduh kesakitan dan mengejutkan mereka semua.

Bab24 (me!!)

Ketiadaan Amira di Desa Karpus telah menimbulkan kerisauan buat Prof. Zaidah apabila dia tersedar Amira dan Jacinta tiada selepas waktu sarapan lagi. Dia juga kesal kerana tidak meluangkan masa bersama Amira untuk berbincang mengenai kehilangan Malique sebaliknya terlalu menumpukan perhatian terhadap penemuan terbaru mereka. Akhir sekali, Prof. Zaidah membuat keputusan untuk keluar mencari Amira dan Jacinta di gunung gua gajah tempoh hari bersama Rusdi dan Dr. Zawawi. Di gua, Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan telah sampai ke puncak gunung dan terus mengesan Malique melalui kesan yang ditinggalkan oleh seseorang. Mereka melihat-lihat kawasan sekitar puncak gunung itu dan mendapati ada sebuah pondok yang berbumbungkan daun-daun palas. Itai dan Amira membuat keputusan untuk masuk ke dalam pondok itu manakala Roslan dan Pak Lias menunggu di luar pondok. Amira dan Itai menemui Malique dan memapahnya keluar dari terowong itu. Sementara itu, kumpulan Prof. Zaidah telah menemui Ludin lalu mereka terus menuju ke gua batu kapur itu.

Bab25 (zaty)

Makhluk berbulu terkejut apabila Itai dan Amira datang sambil memapah Malique yang ditemui oleh mereka. Itai kemudian mengambil keputusan untuk membantu Pak Lias berhadapan dengan makhluk berbulu tersebut. Makhluk berbulu itu memaksa mereka meninggalkan Malique yang dipanggilnya Sabi. Itai turut mendapati balutan luka dia kaki Malique sama seperti yang diamalkannya. Sementara itu,Pak Lias sudah bersedia dengan pergerakan silat gerak songsang ketika makhluk tersebbut terus merayu untuk mendapatkan Malique. Dr. Zawawi, Rusdi, Prof. Zaidah dan Ludin sampai ke kaki Gunung Gua Gajah lalu berjumpa dengan Jacinta,Jennifer dan O’Hara. Ludin terkejut apabila adik iparnya Jennifer yang dipanggilnya Ipah turut berada di situ. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi dan Jacinta kehairanan malah tertanya-tanya tentang hubungan mereka. Namun,Ludin membiarkan persoalan itu tergantung lalu terus memanjat dinding gunung kerana khuatir perkara buruk akan terjadi. Pak Lias dan makhluk berbulu itu sedang berlawan dan menyerang satu sama lain. Itai turut mahu membantu Pak Lias. Tak semena-mena,Pak Lias merampas parang di tangan Itai lalu menghalakan parang tersebut ke arah makhluk berbulu yang sudah tersungkur di atas tanah. Ludin yang baru tiba,segera menghentikan pertelingkahan itu. Ludin menyuruh Tau berhenti kerana kelihatan Tau sudah hilang pertimbangan hingga mahu membunuh anaknya sendiri. Itai, Amira, Pak Lias dan Roslan tercengang kerana Tau tiada di situ. Makhluk itu tiba-tiba menangis dan meratap. Ludin memujuknya dan perlahan-lahan menarik bulu-bulu yang memenuhi tubuh makhluk tersebut. Amira dan Itai sangat terkejut apabila mendapati makhluk itu ialah Tau. Ludin memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang lalu memjuknya turun ke bawah untuk melihat siapa yang ada di kaki gunung. Dia juga turut mengarahkan Itai membawa Malique turun. Itai yang masih bingung terus menyoal  Ludin mengenai identiti sebenar Sabi. Ludin enggan menjawab lalu meninggikan suara hingga Itai terdiam.

Bab26 (diyana)

Desa Karpus menjadi tumpuan ramai berikutan peristiwa yang berlaku di Gunung Gua Gajah. Satu kumpulan dari kem cari gali emas, satu kumpulan dari kem Orang Asli dan satu kumpulan terdiri daripada penghuni desa itu sediri. Identiti makhluk misteri yang menghantui hutan itu sudah diketahui iaitu Tau. Tetapi pelbagai persoalan diantara Tau, Ludin dan Jennifer belum terjawab. Ludin mencadangkan supaya mereka menyelesaikan pertikaian itu di perkampungan tetapi ditentang oleh O’Hara. Itai memberikan cadangan supaya menerima pendapat Amira. Amira membuat keputusan supaya pertikaian itu diselesaikan di Desa Karpus. Ludin meminta kebenaran Prof. Zaidah untuk memulakan bicara. Dia mengajukan soalan kepada Jennifer adakah dia mengenali Tau. Jennifer mengaku bahawa Tau ialah suaminya. Jawapan Jennifer mengejutkan semua orang terutama Malique. Setahu Malique bapanya telah meninggal dunia akibat malaria semasa dia masih kecil lagi. Tau gembira kerana tekaannya bahawa Malique adalah Sabi tepat. Jennifer bertanya tentang seorang lagi anaknya dan anaknya adalah Itai. Itai tidak menyangka bahawa selama ini dia hanya menumpang kasih sayang ibu dan bapa saudaranya. Sebelum Jennifer pulang, Tau meminta Jennifer menceritakan sebab dia dan Itai ditinggalkan. Jennifer menceritakan peristiwa lampau. Tau berpuas hati Jennifer mengaku perbuatannya. Selepas itu, Jennifer menyatakan hasratnya membawa pulang Malique untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Malique meminta O’Hara dan ibunya pulang dahulu dan dia akan berada di perkampungan itu bersama ayah dan adiknya sehingga dia sembuh.

Bab27  (atiqah)

Amira telah berjaya menamatkan satu semester di sebuah university di bandaraya Kuala Lumpur. Setelah selesai Amira mengemas barang-barangnya ke dalam stor, dia sempat memeriksa e-mel daripada Itai, Malique, Jacinta, Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi yang menceritakan perkembangan serta kehidupan baru masing-masing. Selesai membaca semua e-mel, Amira menyimpan komputer ribanya dan bergegas ke parkir kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Kemudian Amira memandu menuju ke pagar utama dengan perlahan. Di pertengahan jalan, Amira terserempak dengan seseorang yang dikenalinya lalu menumpangkan orang tersebut ke destinasinya.

THE END!!!

cayalah k0rang semua fwenz aq klas 5 amanah....

all da best 4 sPm k..... =)

4 comments: